Tuesday, 25 October 2011
Permohonan Kemasukan Tahun 2012 Sekolah Menengah Teknik/Kolej Vokasional
Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012.Anda boleh melayari laman sesawang Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia
Permohonan Atas Talina Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh 2011
Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2012 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP 2011 sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.
Thursday, 20 October 2011
Sijil SPM 2010
Calon-calon SPM 2010 boleh menuntut sijil-sijil tersebut dari pejabat SMK Seskyen 10 Kota Damansara mulai 18 Oktober 2011 pada waktu pejabat beroperasi
Wednesday, 19 October 2011
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Malaysia
SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi pencapaian anak mereka. Sila klik Sistem Semakan Peperiksaan dan masukkan ID pelajar (seperti di SMM), pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.
-SAIDINA ALI BIN ABU TALIB-
'Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu'
Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2011
Seluruh warga pendidik SMK Seksyen 10 Kota Damansara mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kepada seluruh pelajar tingkatan 3.
Kami semua sentiasa mendoakan agar calon-calon PMR sentiasa sihat dan dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.
“Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
Majlis Graduasi Kali Ke-7/Sesi 2011
Pada 15 Oktober 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara telah mengadakan majlis graduasi yang ke-7 Majlis graduasi ini julung kali diadakan di Dewan Terbuka SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Majlis ini diadakan bagi menghargai Tingkatan 5,Tingkatan 6 Atas yang akan meninggalkan sekolah. Para ibu bapa turut sama hadir untuk memeriahkan lagi majlis.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk para graduan ke dewan dikuti dengan tetamu-tetamu kehormat serta guru-guru. Seterusnya nyanyian lagu Negaraku oleh semua tetamu kedengarean di dewan dikuti dengan bacaan doa.Majlis diteruskan lagi dengan kata-kata aluan daripada Pn Zabedah binti Warjan iaitu Pengetua SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Ucapan perasmian pula telah disampaikan oleh Yang Bahagia Tuan Zaharin selaku Yang Di-Pertua Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) yang seterusnya merasmikan majlis graduasi sekolah.Majlis Graduasi ini diakhiri dengan perarakan keluar tetamu-tetamu kehormat dan sedikit cenderamata sebagai hadiah pernghargaan dan kenangan dari pihak sekolah kepada mereka.
-SUFFIAN BIN UYAINAH-
'Ilmu itu jika tidak manfaat kepadamu dia akan memberi mudarat kepadamu'
PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI 2012/2013
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuat Pengambilan Pelajar Sesi 2012/2013. Semua pelajar yang layak dan berminat mesti membuat Permohonan Melalui Internet. Bayaran Permohonan Melalui Internet bagi setiap pelajar ialah RM6.00. Sekolah atau pelajar boleh membuat bayaran dengan membawa salinan nombor kad pengenalan pelajar. Pembayaran boleh dibuat mulai tarikh 1 Julai - 10 Oktober 2011 ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897 atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi. Setiap pelajar akan diberi Nombor Pengenalan Individu (No.NPI lima (5) digit) oleh BSN yang akan tercata pada resit tersebut.
Dimaklumkan juga laman sesawang Kemneterian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.moe.gov.my/ boleh dilayari untuk PMI mulai 1 Julai - 10 Oktober 2011. Cara untuk memohon boleh dirujuk pada laman sesawang tersebut.
Calon SPM 2011 dari sekolah kerajaan berstatus warganegara Malaysia yang mendaftar dalam mana-man kumpulan mata pelajaran berikut sahaja yang layak memohon:
- Jurusan Sains - M001
- Jurusan Perakaunan - M003
- Jurusan Teknikal - M007
-IMAM ASY-SYAFIE-'Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab setelah kamu menjadi ketua, tiada jalan lain bagi kamu mencari pengetahuan'
Subscribe to:
Posts (Atom)