Wednesday 19 October 2011

Majlis Graduasi Kali Ke-7/Sesi 2011





Pada 15 Oktober 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara telah mengadakan majlis graduasi yang ke-7 Majlis graduasi ini julung kali diadakan di Dewan Terbuka SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Majlis ini diadakan bagi menghargai Tingkatan 5,Tingkatan 6 Atas yang akan meninggalkan sekolah. Para ibu bapa turut sama hadir untuk memeriahkan lagi majlis.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk para graduan ke dewan dikuti dengan tetamu-tetamu kehormat serta guru-guru. Seterusnya nyanyian lagu Negaraku oleh semua tetamu kedengarean di dewan dikuti dengan bacaan doa.Majlis diteruskan lagi dengan kata-kata aluan daripada Pn Zabedah binti Warjan iaitu Pengetua SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Ucapan perasmian pula telah disampaikan oleh Yang Bahagia Tuan Zaharin selaku Yang Di-Pertua Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) yang seterusnya merasmikan majlis graduasi sekolah.Majlis Graduasi ini diakhiri dengan perarakan keluar tetamu-tetamu kehormat dan sedikit cenderamata sebagai hadiah pernghargaan dan kenangan dari pihak sekolah kepada mereka.

-SUFFIAN BIN UYAINAH-
'Ilmu itu jika tidak manfaat kepadamu dia akan memberi mudarat kepadamu'

No comments:

Post a Comment