Wednesday 19 October 2011

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI 2012/2013


Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuat Pengambilan Pelajar Sesi 2012/2013. Semua pelajar yang layak dan berminat mesti membuat Permohonan Melalui Internet. Bayaran Permohonan Melalui Internet bagi setiap pelajar ialah RM6.00. Sekolah atau pelajar boleh membuat bayaran dengan membawa salinan nombor kad pengenalan pelajar. Pembayaran boleh dibuat mulai tarikh 1 Julai - 10 Oktober 2011 ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897 atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi. Setiap pelajar akan diberi Nombor Pengenalan Individu (No.NPI lima (5) digit) oleh BSN yang akan tercata pada resit tersebut.
Dimaklumkan juga laman sesawang Kemneterian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.moe.gov.my/ boleh dilayari untuk PMI mulai 1 Julai -  10 Oktober 2011. Cara untuk memohon boleh dirujuk pada laman sesawang tersebut.
Calon SPM 2011 dari sekolah kerajaan berstatus warganegara Malaysia yang mendaftar dalam mana-man kumpulan mata pelajaran  berikut sahaja yang layak memohon:
  • Jurusan Sains - M001
  • Jurusan Perakaunan - M003
  • Jurusan Teknikal - M007

    -IMAM ASY-SYAFIE-
     'Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab setelah kamu menjadi ketua, tiada jalan lain bagi kamu mencari pengetahuan'

No comments:

Post a Comment