Tuesday, 19 July 2011

BARISAN PENTADBIR

Tiga dari kiri Pn Zabedah binti Warjan (Pengetua) , tengah Pn Ruth Cheah Kah Yok (Penolong kanan kurikulum) , dari kanan Tn Hj Roslan bin Ismail (Penolong Kanan Hal-ehwal Pelajar) , dua dari kiri Pn Che Zalina bt Noordin (Penolong Kanan Kokurikulum) , dua dari kanan Pn Norizan bt Osman(Penyelia Petang) , Dari kanan Pn See Kim Kin (Penyelaras Tingkatan 6)

Panorama Sekolah

BILIK SPBT
BILIK TINGKATAN
KOLAM KD10
KEDAI BUKU
MAKMAL KIMIA
KANTIN
DATARAN PERHIMPUNAN
PUSAT SUMBER HAMKA
PEJABAT PENTADBIR
GARAJ BASIKAL

Bekas Pentadbir

YDP PIBG
  •  2002-2004 : En Tuan Muhammad Bin Tuan Muda
  • 2004-2010 : En Mahammad Apandi Bin Khalib
  • 2010-kini : En Zaharin 

Pengetua
  • 2000-2011 : Tn Hj Ghumiat Bin Kamdi
  • 2011-kini : Pn Zabedah Binti Warjan

Penolong Kanan Kurikulum
  • 2000-2011 : Pn Ros binti Lizan
  • 2011-kini : Pn Ruth Cheah Kah Yok

Penolong Kanan Kokurikulum
  • 2003-2006 : Tn Hj Mukhtar bin Zakaria
  • 2006-2009 : Pn Noor Aiza bt AB. Hamid
  • 2009-kini : Pn Che Zalina Bt Noordin

Penolong Kanan Petang 
  • 2005-2008 : Pn Che Zalina bt Noordin
  • 2008-kini : Pn Norizan Bt Osman

Ketua Pengawas
  • 2000-2005 : Syed Muhammad Hafiz Bin Syed Muhammad Jaafar
  • 2006 : Muhammad Eizaaz bin Muhammad Redzuan
  • 2007 : Baalaganesh A/L Shanmugavelayuthan
  • 2008 : Nadrah Nurul Jaannah Bt Amir Hamzah
  • 2009 : Muhammad Norsaiful bin Abd Rahim
  • 2010 : Saiyidatun Nazurah bt Bharulhisham
  • 2011 : Najmie Saufie bin NorWazi

Tokoh Pelajar
  • 2005 : Syed Muhammad Hafiz bin Syed Muhammad Jaafar
  • 2006 : Siti Nabila Bt Mohammad Mahyuddin
  • 2007 : Mohamed Elfiruddin bin Elfian
  • 2008 : Muhammad Kamil bin Razali
  • 2009 : Andikasaputra bin Junaidi
  • 2010 : Muhd Faez bin Razali

Kejayaan SMKKD10 2004-2011

Tahun 2004
  • Johan Pencapaian PMR membanggakan Peringkat Daerah Petaling Utama

Tahun 2007
  • Anugerah Kualiti Kecemerlangan PMR JPN Selangor
  • Naib Johan Pengurusan Surau Terbaik PPD Petaling Utama
  • Anugerah Kecemerlangan Unit Kokurikulum PPD Petaling
  • Johan Kejohanan Bola Sepak Daerah Petaling Utama
  • Johan Kejohanan 100 Plus Supercup Negeri Selangor
  • Johan Kejohanan 100 Plus Supercup Kebangsaan
  • Johan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Bandar MBPJ Jemputan
  • Johan Kejohanan Sepak Takraw MSSD PPD Petaling Utama
Tahun 2008
  • Anugerah Kualiti Pendidikan Islam-Pengurusan Panitia Terbaik Sekolah-Sekolah Menengah Selangor JPN Selangor
  • Anugerah Kualiti Pendidikan Islam Kategori Peperiksaan PMR Petaling Johan
  • Johan Kejohanan Bola Sepak MSSD Petaling
  • Johan Kejohanan 100 PLUS Bola Sepak Sekolah-Sekolah  MSSD Petaling
  • Johan Kejohanan Bola Sepak Piala Dato' Bandar Daerah Petaling Utama
  • Johan Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Sumbangsih MBPJ 
  • Johan Kejohanan Ragbi Bowl Champion Cross Strait Interschool Rugby Tournament Malaysia International (bawah 18 tahun)
Tahun 2009
  • Johan kejohanan sepak takraw MSSD Petaling Utama(Regu bukan Melayu)
  • Kejohanan bola sepak MSSD Petaling Utama
  • Kejohanan Ragbi SD Flamingo 10's jemputan johan bowl bawah(15 tahun)
  • Johan Bola Baling MSSS Negeri Selangor (lelaki bawah 15 tahun)
  • Johan Kejohanan MTQ syarahan agama Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling
  • Johan Festival Nasyid daerah-daerah Petaling Utama
  • Johan Piala Hasil LHDN PPD Petaling Utama
  • Johan Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan
  • Naib johan Majlis Tadarus Al-Quran Daerah Petaling
Tahun 2010
  • Anugerah Kualiti Pendidikan Islam dan Anugerah Kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama (IPA) Jabatan Pendidikan Selangor 2010
  • Johan Pertandingan Roket Sempena Konvokesyen Falak Selangor 2010
  • Anugerah pencapaian SPM terbaik peringkat Negeri Selangor
  • Program pertukaran pelajar antarabangsa (AFS) Malaysia-Jepun
Tahun 2011
  • Johan kejohanan bola baling Peringkat Kebangsaan di Perlis
  • Naib johan Kejohanan 100 PLUS supercup Negeri Selangor
  • Anugerah Festival Filem Pendek Kebangsaan
  • EST inventory program

TAHNIAH DAN SYABAS DI UCAPKAN

LOGO SEKOLAH

Moto
HIDUP BERADAB

Maksud :
Warga SMK Seksyen 10 Kota Damansara Sentiasa Bertatasusila Dalam Apa Juga Perkara Yang Dilakukan.
 Hitam 
lambang ketegasan dan jati diri yang tinggi
Ungu
  lambang kecemerlangan ilmu yang berbentuk global
Jingga 
lambang sentiasa ceria, cekal hati dan tahan uji mengharungi cabaran
Putih
lambang kesucian dan kemurnian ilmu dan budi pekerti

Garisan Melintang :
Lima garisan melintang merujuk kepada Rukun Negara yang dijadikan tonggak kepada perkembangan ilmu dan pembentukkan sahsiah yang terpuji sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Bentuk Bujur
Lambang kesepaduan komuniti dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ke arah kecemerlangan hidup.

Rehal Dan Buku
Lambang mendaulatkan ilmu di tempat yang tertinggi dan terpuji kedudukannya dalam kehidupan

Berlian
Lambang kualiti pelajar yang dihasilkan adalah yang terbaik dari semua aspek terutamanya sahsiah diri

Bunga Raya
Tiga kuntum bunga raya adalah lambang permuafakatan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dalam membentuk semangat kebangsaan.

Reka Bentuk Dan Grafik:
  1. En. Razman bin Kamaruddin
Idea Awal :
  1. En. Ghumiat bin Kamdi
  2. En. Razman bin Kamaruddin

School Anthem

Ilmu penyuluh hari muka
Akan ku tuntut sepenuh jiwaS
Selagi hayat diperlu dunia
Akan ku timba akan ku teroka
 
Nama sekolah ku sanjungi
Restu pendidik mengiringi
Insan cemerlang ku idami
Sahsiah unggul penghias diri
 
Janjiku pada diri
Janjiku pada semua
Menjadi insan berbakti
Hidup beradab
Di mana jua
 
Lagu : Azmeer
Lirik : En Ghumiat bin Kamdi 
VISI SEKOLAH
Melahirkan Insan Beradab

MISI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara akan sentiasa berusaha untuk memberi perhatian yang penuh untuk memastikan program kurikulum dan kokurikulum yang cemerlang,pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan,pembentukan sahsiah warga sekolah yang kondusif dan selamat serta menggunakan kemudahan-kemudahan yang mencukupi dan prasarana yang lengkap.

IKRAR PELAJAR
Bahawasanya sesungguhnya kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara dengan penuh keinsafan, berikra dan berjanji akan ;

  • Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh
  • Mencintai ilmu dan pelajaran dengan sepenuh hati
  • Berakhlak mulia dan berdisiplin pada setiap waktu
  • Sentiasa mejaga kebersihan diri dan keindahan sekolah
  • Menjaga nama baik dan mengharumkan nama sekolah
  • Menghormati dan patuh kepada guru-guru serta kasih dan taat kepada ibu bapa
  • Menjalin hubungan yang baik,mesra dan harmoni dengan rakan-rakan
Maka dengan ini kami berikrar dengan segala daya dan usaha kami untuk mencapai cita-cita murni kami , sekolah dan negara.




Sejarah Sekolah



  SMK Seksyen 10 Kota Damansara dimulakan pembinaannya sejak tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada akhir 2001.Ia mula ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dengan pelantikan rasmi pengetua iaitu En.Ghumiat bin Kamdi.Sekolah mula beroperasi pada 3 Januari 2001 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara pada sesi petang.

  Mulai 2 Januari 2002,sekolah mula beroperasi di premis sendiri yang terletak di Seksyen 10 Kota Damansara di atas sebidang tanah seluas 10.13 ekar sehingga tahun 2005 , sekolah mempunyai 98 orang guru,1827 orang pelajar dan 9 orang staf sokongan.Tingkatan tertinggi adalah tingkatan 5.Mulai tahun ini juga persekolahan menjadi 2 sesi.Sesi pagi tingkatan peralihan,tingkatan 3,4 dan 5.Manakala sesi petang pula untuk tingkatan 1 dan 2.Sekolah juga mula membuka 2 kelas Aliran Agama(KAA) untuk tingkatan 1 mulai 3 januari 2005.

  Tahun 2007 mencatatkan lagi lakaran baru kerana pembukaan tingkatan 6 Atas, Sebuah kelas aliran sains dan 3 buah kelas aliran kemanusian,tingkatan 6 bawah juga sebuah kelas sains dan 3 buah kelas kemanusian serta tingkatan 1 kelas rancangan khas (KRK)

  Kini (2011), bilangan murid sekolah ini telah mencecah 2,253 orang . Melayu 81.9% ,Cina 6.3% ,India 11.5% dan lain-lain 0.3%.Bilangan kelas ialah 85 kelas dan bilangan guru seramai 168 orang.Staf Sokongan pula seramai 14 orang dan diketua oleh Pembantu Tadbir N26 mulai 22 jun 2009.

  Penolong Kanan Sekolah ini adalah Pn Ruth Cheah Kah Yok , Tn.Hj.Roslan bin Ismail sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , Pn Che Zalina binti Noordin sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan Pn Norizan binti Osman Penolong kanan Petang manakala Pn See Kimkin Sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6.