Tuesday 19 July 2011

LOGO SEKOLAH

Moto
HIDUP BERADAB

Maksud :
Warga SMK Seksyen 10 Kota Damansara Sentiasa Bertatasusila Dalam Apa Juga Perkara Yang Dilakukan.
 Hitam 
lambang ketegasan dan jati diri yang tinggi
Ungu
  lambang kecemerlangan ilmu yang berbentuk global
Jingga 
lambang sentiasa ceria, cekal hati dan tahan uji mengharungi cabaran
Putih
lambang kesucian dan kemurnian ilmu dan budi pekerti

Garisan Melintang :
Lima garisan melintang merujuk kepada Rukun Negara yang dijadikan tonggak kepada perkembangan ilmu dan pembentukkan sahsiah yang terpuji sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Bentuk Bujur
Lambang kesepaduan komuniti dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ke arah kecemerlangan hidup.

Rehal Dan Buku
Lambang mendaulatkan ilmu di tempat yang tertinggi dan terpuji kedudukannya dalam kehidupan

Berlian
Lambang kualiti pelajar yang dihasilkan adalah yang terbaik dari semua aspek terutamanya sahsiah diri

Bunga Raya
Tiga kuntum bunga raya adalah lambang permuafakatan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dalam membentuk semangat kebangsaan.

Reka Bentuk Dan Grafik:
  1. En. Razman bin Kamaruddin
Idea Awal :
  1. En. Ghumiat bin Kamdi
  2. En. Razman bin Kamaruddin

No comments:

Post a Comment