Tuesday, 19 July 2011
Sejarah Sekolah
SMK Seksyen 10 Kota Damansara dimulakan pembinaannya sejak tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada akhir 2001.Ia mula ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dengan pelantikan rasmi pengetua iaitu En.Ghumiat bin Kamdi.Sekolah mula beroperasi pada 3 Januari 2001 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara pada sesi petang.
Mulai 2 Januari 2002,sekolah mula beroperasi di premis sendiri yang terletak di Seksyen 10 Kota Damansara di atas sebidang tanah seluas 10.13 ekar sehingga tahun 2005 , sekolah mempunyai 98 orang guru,1827 orang pelajar dan 9 orang staf sokongan.Tingkatan tertinggi adalah tingkatan 5.Mulai tahun ini juga persekolahan menjadi 2 sesi.Sesi pagi tingkatan peralihan,tingkatan 3,4 dan 5.Manakala sesi petang pula untuk tingkatan 1 dan 2.Sekolah juga mula membuka 2 kelas Aliran Agama(KAA) untuk tingkatan 1 mulai 3 januari 2005.
Tahun 2007 mencatatkan lagi lakaran baru kerana pembukaan tingkatan 6 Atas, Sebuah kelas aliran sains dan 3 buah kelas aliran kemanusian,tingkatan 6 bawah juga sebuah kelas sains dan 3 buah kelas kemanusian serta tingkatan 1 kelas rancangan khas (KRK)
Kini (2011), bilangan murid sekolah ini telah mencecah 2,253 orang . Melayu 81.9% ,Cina 6.3% ,India 11.5% dan lain-lain 0.3%.Bilangan kelas ialah 85 kelas dan bilangan guru seramai 168 orang.Staf Sokongan pula seramai 14 orang dan diketua oleh Pembantu Tadbir N26 mulai 22 jun 2009.
Penolong Kanan Sekolah ini adalah Pn Ruth Cheah Kah Yok , Tn.Hj.Roslan bin Ismail sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , Pn Che Zalina binti Noordin sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan Pn Norizan binti Osman Penolong kanan Petang manakala Pn See Kimkin Sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment